New Arrivals
Berita Kosmo 31 Dis 2009
Bukan pakaian tiruan atau reject
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Stigma bahawa pakaian berjenama terlalu mahal untuk dimiliki dan jika ia dijual di butik atau premis bukan eksklusif adalah produk tiruan masih menebal dalam kalangan masyarakat tempatan.

KOLEKSI pakaian kanak-kanak seperti GAP, Old Navy dan OshKosh turut ditawarkan.
MELIHAT sahaja deretan pakaian berjenama popular yang dipamerkan di galeri butik berkenaan, pasti tiada siapa menyangka ia dijual pada harga yang sangat murah.
Kualitinya tetap sama, tidak mempunyai sebarang cacat cela pada jahitan dalaman mahupun luaran menyebabkan mereka yang sebelum ini tidak berminat pada pakaian berjenama terus terpikat.
Sebutlah jenama-jenama terkenal seperti Ralph Lauren, Tommy Hilfigure, Carters, Calvin Klein, Burberry, Brooks Brothers, Marks n Spencer, Evisu, Nordstrom, Replay, AX dan GAP, semuanya ada di bawah satu bumbung.




